fbpx

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

Dikemaskini pada: 7 April 2020 

Creador Foundation ("kami") mengoperasi laman web Multiply ("Perkhidmatan"). Kami berkomited untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 

Laman ini memaklumkan anda mengenai polisi kami berkenaan pemprosesan data peribadi anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan. Kami akan memproses data peribadi anda selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini.

Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini. 

 

Jenis data peribadi

Data peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau diberi kepada kami bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini. 

Maklumat peribadi anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama
  • Alamat E-mel
  • Nombor telefon
  • Alamat

 

Sumber data peribadi

Ketika anda mengakses Perkhidmatan, kami akan mengetahui maklumat tertentu tentang anda, secara automatik dan melalui tindakan sukarela anda, semasa lawatan anda. Dengan berinteraksi dengan Perkhidmatan atau menyerahkan maklumat kepada kami, anda memberi data peribadi kepada kami. Data peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki (cookies) melalui penggunaan Perkhidmatan.

 

Tujuan pemprosesan

Kami mungkin memproses data peribadi anda termasuk untuk tujuan-tujuan berikut:

  • untuk memberi anda maklumat dan alat yang mungkin diminta oleh anda daripada kami dan sebarang tujuan yang berkaitan dengan Perkhidmatan;
  • untuk berkomunikasi dengan anda untuk tujuan yang berkaitan dengan Perkhidmatan;
  • untuk mengekalkan, memperbaiki atau meningkatkan pengalaman pengguna Perkhidmatan;
  • untuk segala obligasi kontrak yang dimasuki oleh kami;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman, seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;
  • untuk tujuan statistik;
  • untuk tujuan penyiasatan, pengesanan, pencegahan dan pendakwaan bagi pelanggaran peraturan keselamatan, jenayah atau penipuan;
  • untuk mematuhi tanggungjawab kami di bawah undang-undang; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman.

 

Anda boleh menggunakan Perkhidmatan tanpa memberi data peribadi anda. Namun, kami mengumpul data peribadi anda apabila anda memberi data peribadi anda secara sukarela. Sebagai contoh, sekiranya anda menghubungi kami melalui emel atau melalui medium lain, anda mungkin memberi data peribadi seperti nama anda atau maklumat lain yang dapat mengenal pasti anda. 

 

Kelas-kelas pihak ketiga

Maklumat peribadi anda boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan (dalam atau di luar Malaysia) termasuk:

  • pihak-pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk membekalkan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti syarikat-syarikat percetakan, syarikat penyelidikan pasaran, penganjur acara, dan penasihat lain);
  • penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan pakar runding; 
  • agensi kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan (termasuk agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, jabatan kerajaan, badan berkanun dan pengawal selia industri); dan
  • sebarang orang yang kami terpaksa atau dikehendaki untuk menzahirkan data peribadi di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi kompeten atau kerajaan. 

 

Individu di bawah umur 18 tahun

Perkhidmatan tidak bertujuan untuk sebarang individu di bawah umur 18 tahun ("di bawah umur"). 

Kami tidak akan memproses data peribadi individu di bawah umur dengan sengaja. Jika anda merupakan ibu bapa atau penjaga, sila jangan membenarkan individu di bawah umur bawah jagaan anda untuk memberi data peribadi kepada kami. Sekiranya data peribadi itu diberi kepada kami, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi individu di bawah umur serta menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini.

 

Data Log

Kami mengumpul maklumat yang pelayar anda hantar setiap kali anda melawat Perkhidmatan kami ("Data Log "). Data Log ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet ("IP") komputer anda , jenis pelayar, versi pelayar, laman Perkhidmatan kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, masa yang digunakan pada halaman tersebut dan statistik lain.

 

Kuki

Kuki adalah fail dengan sejumlah kecil data, yang mungkin termasuk pengenal pasti unik tanpa nama. Kuki dihantar ke pelayar anda daripada laman web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.

Kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat. Anda boleh mengarahkan pelayar anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki sedang dihantar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa bahagian Perkhidmatan kami.

 

Hubungi kami

Anda boleh mengemukakan aduan anda, membuat permintaan untuk mengakses kepada dan / atau membuat permintaan untuk membetulkan data peribadi anda, membuat permintaan untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dan / atau membuat sebarang pertanyaan mengenai data peribadi anda dengan menghubungi:

 

Jawatan: Program Manager
Nombor Telefon: +60 (3) 2182 6888
Nombor Faks: +60 (3) 2182 6889
Alamat E-mail: shobana@creador-foundation.com

 

Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Notis Perlindungan Data Peribadi ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.

Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.