-
Pengenalan
-
Cara untuk pilih unit amanah yang sesuai untuk anda!
-
7 tip melabur dalam Unit Amanah
- Bandingkan pulangan dengan indeks yang berkaitan
- Berhati-hati dengan fi yang tinggi
- Jangan menduga pasaran
- Jika anda memilih untuk melabur dalam unit amanah, pegang pelaburan itu untuk jangka panjang
- Sentiasa ada risiko kehilangan wang
- Jangan lupa pelbagaikan pelaburan anda
- Ingat, syarikat unit amanah dan perunding mereka mahu menjual produk kepada anda. Terpulang kepada anda untuk membuat kajian yang sepatutnya.
- Kuiz: Unit Amanah
Langkah 2: Lihat berapa besar risiko sesuatu dana
Dengan risiko yang lebih besar, ada potensi untuk pulangan yang lebih besar, tetapi ada potensi kerugian yang lebih besar juga. Perkara yang penting di sini ialah menentukan berapa besar risiko yang anda selesa untuk ambil dan kemudian pilih dana unit amanah yang sesuai dengan keutamaan risiko anda.
Macam mana rupa risiko yang lebih tinggi? Seperti dalam graf di bawah, mengambil risiko yang lebih tinggi bermakna turun naik pulangan anda juga tinggi, sama seperti anda menaiki roller-coaster.
Mengambil risiko yang rendah pula bermakna pulangan anda kurang turun naik, yang juga bermakna untuk mendapat pulangan yang sama tinggi mungkin tidak tercapai (ditunjukkan oleh garisan kuning).
Secara umumnya:
- Dana ekuiti mepunyai risiko yang paling tinggi kerana dilaburkan dalam saham syarikat, dan ia kadang kala tidak menentu (maknanya boleh turun dan naik dengan banyak)
- Dana pendapatan tetap mepunyai risiko yang paling rendah kerana sebahagian besarnya dilaburkan dalam bon (seperti bon kerajaan dan korporat) dan instrumen pasaran wang (pelaburan yang menjana untung melalui kadar faedah)
- Dana seimbang , seperti mana namanya, adalah gabungan ekuiti, pendapatan tetap dan aset pasaran wang yang mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan dana ekuiti.
Rasa macam bijak tak?
Graf di bawah menunjukkan data sebenar yang kami ambil daripada dana ekuiti dan dana pendapatan tetap. Seperti yang anda dapat lihat, dana ekuiti naik dan turun lebih banyak daripada dana pendapatan tetap.
Dana ekuiti:
Sumber: Morningstar
Dana Pendapatan Tetap:
Sumber: Morningstar
Untuk mengetahui risiko sesuatu unit amanah, tanya tahap risiko atau minta prospektus dana atau ringkasan dana daripada perunding unit amanah anda. Dokumen ini mengandungi graf harga dana, dengan itu anda boleh lihat corak pulangan dana tersebut untuk tahu berapa banyak pulangannya naik dan turun.
Penting untuk mengambil kira umur anda apabila menentukan keutamaan risiko yang anda pilih. Pelabur yang lebih berusia patut memilih risiko yang rendah kerana jika pelaburan merudum, ada tempoh beberapa tahun yang lebih pendek untuk melambung semula daripada kerugian yang dialami.