-
Pengenalan
-
Contoh pengiraan cukai
-
Jom selami lagi topik ni...
Apakah rebat cukai?
Rebat cukai BUKAN pelepasan cukai. Berbeza daripada pelepasan cukai yang ditolak daripada jumlah pendapatan anda, rebat cukai ditolak daripada cukai kena bayar anda.
Bagi tahun taksiran 2019 (difailkan pada tahun 2020), terdapat empat rebat cukai pendapatan untuk individu:
- Jika suami atau isteri anda tiada pendapatan atau pendapatan kena cukainya kurang daripada RM34,000, anda boleh dapatkan rebat sebanyak RM400.
- Individu berpendapatan RM35,000 atau kurang daripada itu
- Rebat ke atas levi yang dibayar apabila anda meninggalkan Malaysia dengan menaiki kapal terbang untuk tujuan mengerjakan umrah atau lawatan keagamaan yang lain.
- Zakat/Fitrah (Sehingga keseluruhan jumlah cukai kena bayar)
Sebagai contoh, jika anda telah membayar RM1,000 untuk tujuan zakat pada tahun tersebut, dan suami atau isteri anda tidak ada pendapatan, daripada jumlah cukai kena bayar sebanyak RM1,568, anda akan mendapat rebat RM1,400, menjadikan jumlah cukai kena bayar anda yang baru berjumlah RM168.