-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
-
Maklumat Tambahan
Jika saya mempunyai markah kredit yang tidak baik, adakah ini bermakna pinjaman saya tidak akan diluluskan?
Tak semestinya. Jumlah pinjaman yang diluluskan mungkin akan lebih rendahatau kadar faedah yang ditawarkan kepada anda mungkin akan lebih tinggi. Setiap institusi kewangan mempunyai kriteria tersendiri dan mereka akan menggunakan maklumat dalam laporan kredit dengan cara masing-masing.
Penting untuk diketahui: Salah faham yang sering terjadi ialah anggapan bahawa agensi pelaporan kredit akan menyenaraihitamkan individu, atau memberikan pendapat negatif. Sebaliknya, agensi pelaporan kredit adalah neutral kerana mereka mengira markah kredit anda berdasarkan sejarah kewangan anda semata-mata, termasuk yang baik dan juga yang buruk. Setiap institusi kewangan kemudian boleh mentafsir dan menggunakan maklumat kredit anda dengan cara mereka sendiri, selaras dengan dasar syarikat mereka.