-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Pesanan berguna
-
Maklumat Tambahan
Bolehkah saya meminta supaya maklumat dikeluarkan daripada laporan kredit saya?
Hanya maklumat yang salah atau ketinggalan zaman boleh dikeluarkan daripada laporan kredit anda. Jika sesuatu maklumat negatif adalah betul secara fakta, ia tak boleh dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, jika terdapat ketidakpastian undang-undang mengenai sesuatu maklumat, anda boleh membuat permintaan supaya ia dikeluarkan. Sebagai contoh, jika anda menjadi mangsa pencurian identiti dan seseorang telah memohon pinjaman dengan cara menipu dan menggunakan nama anda. Dalam kes ini, anda harus membuat laporan polis dan menyerahkan salinan laporan ini kepada agensi pelaporan kredit. Agensi kredit tersebut akan menilaikan sama ada mereka akan membuang maklumat tersebut atau tidak.