-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Ringkasan
Deposit Tetap ialah sejumlah wang yang diletakkan dalam sebuah akaun bank untuk satu tempoh masa tertentu yang akan memberi anda manfaat pembayaran satu kadar faedah tetap. Ia dipanggil ‘tetap’ kerana anda bersetuju untuk membiarkan wang anda dalam akaun tersebut untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Asalkan anda tak keluarkan wang tersebut, kadar faedah takkan berubah. Berbeza dengan beberapa jenis pelaburan yang lain, sebenarnya anda masih boleh keluarkan wang tersebut, cuma kesannya anda mungkin tak akan menerima sebarang faedah, atau kadar faedah yang diterima akan kurang daripada apa yang telah dipersetujui sebelumnya dengan pihak bank.
-
Deposit Tetap ialah pelaburan yang selamat
Deposit Tetap ialah tempat yang selamat untuk menyimpan wang anda. Berlainan dengan produk pelaburan yang lain, jumlah pulangan yang akan diterima apabila menyimpan wang dalam Deposit Tetap sudah diketahui dari awal. Modal permulaan anda pun terjamin.
-
Deposit Tetap sesuai untuk pelaburan jangka pendek dan sederhana
Deposit Tetap bukan satu pilihan yang baik untuk pelaburan jangka panjang (> 5 tahun). Ada produk pelaburan lain yang boleh memberikan anda pulangan yang lebih baik. Tapi, Deposit Tetap sesuai digunakan untuk tujuan simpanan jangka pendek dan sederhana, atau sebagai simpanan untuk tujuan kecemasan (antara 0-5 tahun).