-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Apa jenis-jenis Takaful yang ada?
Ada dua jenis Takaful yang utama, Takaful Keluarga dan Takaful Am.
(Sila klik pautan kepada Panduan Insurans kami yang lain untuk belajar lebih lanjut tentang topik apa perlu dipertimbangkan bila membeli insurans.)
Takaful Keluarga
Takaful Keluarga (serupa dengan Insurans Hayat Konvensional)
Seperti insurans konvensional, anda boleh dapatkan pelan Takaful keluarga seumur hidup atau pelan Takaful Keluarga sementara.
- Dalam sebuah pelan Takaful Keluarga, anda boleh ambil pelan perlindungan yang melindungi anda untuk satu tempoh yang ditetapkan apabila anda meninggal dunia atau jika anda hilang upaya.
- pelan Takaful keluarga seumur hidup memberi anda perlindungan kewangan jika berlaku tragedi, di samping menyediakan simpanan jangka panjang. Sebahagian daripada caruman bulanan anda akan dimasukkan ke dalam satu pelan simpanan. Apabila tempoh sijil anda tamat, anda akan ada sejumlah wang simpanan. Jika anda hilang upaya atau meninggal dunia sebelum sijil anda matang, anda atau benefisiari anda akan menerima wang daripada pengendali Takaful anda.
Takaful berkaitan pelaburan (serupa dengan insurans konvensional berkaitan pelaburan)
Pelan Takaful berkaitan pelaburan ialah satu gabungan perlindungan Takaful dan pelaburan. Anda tentukan bahagian caruman anda yang menyumbang kepada perlindungan untuk anda (termasuk perlindungan jika hilang upaya atau meninggal dunia). Caruman selebihnya dilaburkan dalam dana pelaburan patuh Shariah yang anda pilih. Setiap pengendali Takaful menawarkan beberapa pilihan dana yang berbeza-beza untuk tujuan pelaburan.
Takaful Perubatan dan Kesihatan (serupa dengan Insurans Perubatan konvensional)
Sebuah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dapat membiayai kos rawatan perubatan di hospital termasuk kos pembedahan dan hospitalisasi. Anda boleh dapatkan pelan ini secara kendiri atau sebagai tambahan (rider) kepada pelan Takaful Keluarga yang asas.
Takaful Pendidikan Anak (serupa dengan polisi Endowmen Pendidikan konvensional)
Takaful Pendidikan Anak ialah satu pelan simpanan jangka panjang bagi tujuan membiayai pendidikan peringkat tinggi anak anda. Ia juga memberikan bantuan kewangan kepada anak anda jika sesuatu berlaku kepada anda (kehilangan upaya atau meninggal dunia).
Takaful Am
Takaful Motor (serupa dengan insurans motor)
Takaful Motor memberikan perlindungan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda disebabkan oleh kemalangan, kecurian, atau kebakaran yang tidak sengaja. Sama seperti insurans motor konvensional, pelan Takaful yang komprehensif turut memberikan perlindungan kepada pihak ketiga yang mengalami apa-apa kecederaan atau yang meninggal dunia, dan yang mengalami kerugian/kerosakan pada kenderaan mereka.
Takaful Rumah
Takaful Rumah memberikan perlindungan untuk rumah anda jika berlaku banjir, kebakaran dan bencana alam tertentu.
Takaful Kemalangan Diri
Secara amnya, Takaful Kemalangan Diri ialah satu pelan yang dapat memberikan ganti rugi kepada anda atau benefisiari yang anda namakan jika berlaku sesuatu kepada anda seperti kehilangan upaya, cedera akibat kemalangan.atau meninggal dunia.