-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Apa yang anda perlu pertimbangkan apabila mengambil pelan Takaful?
- Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen insurans yang telah berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar semak1. Pertama, pastikan anda berurusan dengan ejen yang berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia (Malaysan Takaful Association, MTA). Semak di sini untuk melihat sama ada ejen anda sudah berdaftar. Anda boleh juga meninjau pelan Takaful dalam talian atau belian kaunter yang membolehkan anda berurusan secara terus dengan Pengendali Takaful tanpa melibatkan pengantara seperti ejen, penasihat kewangan, atau rakan kongsi bancatakaful. Buat masa sekarang, pelan Takaful yang ditawarkan melalui saluran terus ini adalah pelan Takaful sementara, pelan penyakit kritikal, serta pelan perubatan dan kesihatan.
Bagi produk kewangan Islam seperti Takaful, setiap produk mesti mematuhi garis panduan dalaman institusi kewangan dan garis panduan pematuhan Shariah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Jadi, penting untuk anda pastikan bahawa pengendali takaful anda telah berdaftar dengan BNM untuk memastikan pelan/produk yang ditawarkan adalah patuh Shariah. - Kalau anda mendapatkan perlindungan daripada syarikat yang nampak baru atau yang namanya anda tak pernah dengar sebelum ini, semak senarai ini dan lihat sama ada syarikat tersebut telah berdaftar.