-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Nasihat berguna
- Sebelum melabur, pastikan Deposit Tetap anda dilindungi oleh PIDM
- Periksa terma dan syarat sebelum bersetuju dengan kadar promosi yang ditawarkan
- Bahagikan simpanan Deposit Tetap anda kepada beberapa akaun yang lebih kecil
- Pastikan anda tahu penalti yang dikenakan apabila anda mengeluarkan wang sebelum tamat tempoh simpanan (pengeluaran awal)
- Fahamkan syarat-syarat untuk mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam Deposit Tetap
Bila faedah akan dibayar?
Untuk tempoh simpanan 12 bulan atau kurang, faedah biasanya akan dibayar pada akhir tempoh simpanan. Untuk tempoh lebih daripada 12 bulan, faedah biasanya akan dibayar setiap 6 bulan. Namun, ini mungkin berbeza untuk bank-bank yang berlainan, jadi buat kajian dan perbandingan dulu sebelum memilih bank yang paling sesuai!
Daripada mengambil Deposit Tetap 3 tahun, kenapa tak ambil deposit tetap 1 bulan dan bawa ke depan untuk tempoh 3 tahun?
“Rolling” atau melabur semula seperti ini ialah satu idea yang baik jika anda mahukan fleksibiliti, memandangkan anda mempunyai akses kepada wang anda pada setiap hujung bulan tanpa perlu mengorbankan faedah yang dijana. Tapi, walaupun dikompaun untuk lebih 36 bulan, faedah yang anda dapat untuk Deposit Tetap satu bulan dibawa ke depan akan lebih rendah daripada faedah untuk Deposit Tetap 3 tahun.
Jom kita guna semula contoh kadar faedah daripada Maybank dan buat pengiraan untuk deposit RM5,000. Deposit Tetap satu bulan dibawa ke depan untuk 36 bulan vs. Deposit Tetap 36 bulan. Pilihan 36 bulan dari awal akan memberikan anda untung tambahan RM19, tapi anda hilang fleksibiliti untuk mengeluarkan wang anda tanpa membayar penalti. Anda perlu buat keputusan sama ada berbaloi untuk mengorbankan fleksibiliti demi keuntungan tambahan sebanyak RM19.
Contoh
Option 1
Deposit Tetap 36 bulan
Faedah tahunan: 3.15% Jumlah selepas 3 tahun = 5,000 + (5,000 x 3.15% x 3 years) = RM5,473 |
Option 2
1) Deposit Tetap satu bulan dibawa ke depan untuk 36 bulan
Faedah tahunan: 2.9% Kadar faedah bulanan: (2.9/12)% = 0.24% Jumlah selepas 36 bulan = 5,000 x (1+0.2417%)^(36 months) = RM5,454 |
Tempoh yang anda pilih untuk Deposit Tetap bergantung kepada kemungkinan anda akan perlu menggunakan duit simpanan itu dalam tempoh tersebut. Lebih baik anda pilih tempoh yang mana anda yakin anda takkan perlu mengeluarkan wang anda lebih awal.