-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Nasihat berguna
- Sebelum melabur, pastikan Deposit Tetap anda dilindungi oleh PIDM
- Periksa terma dan syarat sebelum bersetuju dengan kadar promosi yang ditawarkan
- Bahagikan simpanan Deposit Tetap anda kepada beberapa akaun yang lebih kecil
- Pastikan anda tahu penalti yang dikenakan apabila anda mengeluarkan wang sebelum tamat tempoh simpanan (pengeluaran awal)
- Fahamkan syarat-syarat untuk mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam Deposit Tetap
Apa cara terbaik untuk pilih di mana saya patut letakkan Deposit Tetap saya?
Apa cara terbaik untuk pilih di mana saya patut letakkan Deposit Tetap saya?
Gunakan laman web agregator yang boleh dipercayai seperti imoney.my atau ringgitplus.com untuk membantu anda memilih bank yang paling sesuai untuk membuka Deposit Tetap. Laman-laman web ini sangat berguna kerana ia membantu membandingkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh pelbagai bank pada masa yang sama.
Sumber: https://ringgitplus.com/en/fixed-deposit/
- Dalam laman web seperti ini, masukkan jumlah yang anda ingin laburkan sebagai simpanan dalam Deposit Tetap.
- Pilih tempoh berapa lama anda ingin menyimpan dalam Deposit Tetap tersebut.
- Klik pada pilihan yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi, tapi jangan lupa untuk memeriksa butiran berikut (seperti di bawah):
- Ambil perhatian tentang Jumlah Pelaburan Minimum
- Agregator ini tidak menunjukkan jumlah pelaburan minimum yang diperlukan. Ada yang mungkin memerlukan jumlah minimum sebanyak RM5,000 atau RM10,000
- Periksa sama ada pengeluaran awal dibenarkan
Sumber: https://ringgitplus.com/en/fixed-deposit/Bangkok-Bank-Fixed-Deposit.html
Dalam contoh ini, anda takkan dapat melabur RM1,000 dalam bank ini kerana deposit minimum sebanyak RM5,000 diperlukan.