-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
-
Nasihat berguna
- Sebelum melabur, pastikan Deposit Tetap anda dilindungi oleh PIDM
- Periksa terma dan syarat sebelum bersetuju dengan kadar promosi yang ditawarkan
- Bahagikan simpanan Deposit Tetap anda kepada beberapa akaun yang lebih kecil
- Pastikan anda tahu penalti yang dikenakan apabila anda mengeluarkan wang sebelum tamat tempoh simpanan (pengeluaran awal)
- Fahamkan syarat-syarat untuk mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam Deposit Tetap
Ringkasan
-
Pilih berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan
Lebih panjang tempoh (atau jangka masa) anda menyimpan wang anda dalam akaun Deposit Tetap, lebih tinggi kadar faedahnya. Pilih Deposit Tetap mengikut jangkaan berapa lama tempoh yang ada sebelum anda perlu menggunakan wang itu. Kalau anda tahu anda perlu gunakan wang tersebut dalam masa 3 bulan, janganlah ambil tempoh simpanan setahun, sebab anda akan dikenakan bayaran penalti jika membuat pengeluaran awal.
-
Pengeluaran awal boleh merugikan, jadi pilih tempoh simpanan dengan bijak
Pastikan anda faham syarat-syarat yang dikenakan oleh bank supaya anda boleh meminimumkan pembayaran penalti. Hati-hati tentang perkara ini sebab setiap bank mengenakan syarat yang berbeza-beza.
-
Bahagikan Deposit Tetap anda kepada beberapa akaun yang lebih kecil dengan tempoh simpanan yang berbeza-beza
Dengan cara ini, kalau anda nak keluarkan wang daripada akaun Deposit Tetap anda, mungkin anda ada akaun deposit tetap lain yang baru diperbaharui, atau anda boleh meminimumkan kerugian faedah memandangkan wang yang dikeluarkan hanya sebahagian kecil daripada simpanan anda.