-
Pengenalan
-
Jom selami lagi topik ni...
Ringkasan
Kenapa ETF diwujudkan??
Begini, dalam pasaran barat, secara amnya kebanyakan pengurus dana yang menguruskan pelaburan secara aktif telah menunjukkan prestasi yang lebih rendah berbanding dengan seluruh pasaran saham dalam satu tempoh yang panjang.
Ada yang mula menyedari bahawa prestasi kebanyakan unit amanah atau dana bersama adalah lebih rendah berbanding dengan indeks pasaran saham tempat mereka melabur. Jadi, kalau anda melabur dalam semua saham yang disenaraikan dalam bursa saham, anda mungkin akan mendapat pulangan yang lebih baik berbanding dengan mengupah seseorang untuk memilih saham yang ‘terbaik’ untuk pelaburan anda. Dengan adanya kesedaran ini, para pelabur mula mempersoalkan sama ada berbaloi membayar pengurus dana profesional untuk membuat pelaburan bagi pihak mereka. Begitulah cerita di sebalik kewujudan ETF.
Tapi saya tak pernah dengar pun tentang ETF…
Memang jumlah ETF yang ada di Malaysia agak terhad, namun lebih banyak ETF dijangka akan berasa di pasaran tak lama lagi. Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia telah menyemak garis panduan mereka tentang ETF. Di peringkat global, lebih ramai orang kini membeli ETF - dalam tahun 2000, ada kurang daripada $100 billion dalam aset ETF dan kini jumlah itu sudah mencapai $4.7 trillion dengan bilangan produk yang semakin meningkat..
Jadi apa yang saya perlu tahu tentang ETF?
-
ETF menawarkan kepelbagaian sama seperti unit amanah
-
Fi yang lebih rendah berbanding dengan unit amanah
ETF dapat dibezakan dengan unit amanah kerana ETF unit amanah tidak mempunyai pengurus dana atau pasukan yang membuat keputusan pelaburan secara aktif. Oleh itu, secara amnya fi yang lebih rendah dapat dikenakan berbanding dengan unit amanah.
-
ETF didagangkan dalam pasaran saham
ETF dijual dan dibeli dengan cara yang sama dengan jual beli saham.
-
Mahal jika melabur dalam ETF dalam jumlah yang kecil
Setiap kali anda membeli ETF, anda perlu membayarfi broker iaitu satu fi sama rata (flat fee). Untuk meminimumkan kesan fi broker terhadap pulangan anda, anda patut melabur jumlah wang yang besar setiap kali.