-
Pengenalan
-
8 tip berguna apabila membeli rumah
- Beli rumah mengikut kemampuan anda
- Jangan tergesa-gesa apabila membeli rumah
- Kaji berapa jumlah pinjaman yang anda perlu ambil
- Pilih jenis pinjaman yang sesuai dengan anda
- Usahakan untuk mendapat tawaran pinjaman perumahan yang terbaik
- Tanyakan 6 soalan ini kepada bank anda
- Rundingkan kadar faedah yang lebih baik
- Periksa sekali lagi jumlah pinjaman setelah pinjaman anda diluluskan
Kaji berapa jumlah pinjaman yang anda perlu ambil
Anda boleh saja membayar lebih daripada 10% duit muka untuk pembelian rumah anda. Ini akan mengurangkan jumlah pinjaman anda dan juga bayaran bulanan anda.
Pemaju perumahan selalu menawarkan rebat sebagai satu cara untuk meningkatkan penjualan unit bagi hartanah baru. Mereka mungkin menawarkan rebat sebanyak 10% supaya anda tak perlu membayar duit muka penuh. Anda ada pilihan sama ada untuk:
a) Mengambil pinjaman sebanyak 90% daripada harga hartanah yang asal.
ATAU
b) Mengambil jumlah pinjaman yang lebih rendah untuk mengurangkan jumlah bayaran bulanan dan kos faedah.
Kami sarankan anda mengambil opsyen b. Seboleh-bolehnya elakkanlah daripada menghadapi tekanan kewangan dari masa ke masa– mengurangkan bayaran bulanan ialah cara yang baik untuk mengelakkannya.