• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Simpanan & Pelaburan

      Menggalakkan Pelaburan Saham di kalangan Wanita

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Simpanan & Pelaburan
      • Tarikh Oktober 28, 2020
      Encouraging Stock Investing among Women 1 - Multiply - Saving & Investing

      Satu kolaborasi antara Multiply danSatu kolaborasi antara Multiply dan Bursa Malaysia

      Anda mungkin pernah dengar tentang perbezaan gaji antara lelaki dan wanita. Contohnya, pada tahun 2019 gaji median lelaki ialah sebanyak RM2,477, ini lebih tinggi daripada gaji median wanita sebanyak RM2,370.[1]

      Sekarang ini lelaki juga nampaknya lebih berjaya dalam pelaburan berbanding dengan wanita. Dalam pasaran saham misalnya, peratusan pelabur wanita hanya sekitar 31%. Jadi, kalau anda seorang wanita yang mahukan kesaksamaan jantina, melabur mungkin salah satu cara untuk mencapainya – pada masa yang sama, anda ada peluang nak buat duit!

      Kalau anda rasa anda tak ada kemahiran untuk melabur, mungkin sebab sebagai seorang wanita anda kurang mengambil risiko atau tak ada masa nak meninjau pasaran saham setiap jam (kerana anda ada banyak tanggungjawab lain), sebenarnya anda silap. Kajian menunjukkan bahawa perkara yang membuatkan wanita ”lebih lembik” daripada lelaki sebenarnya menjadikan mereka pelabur yang lebih baik, jadi wanita seringkali mampu membuat keputusan pelaburan yang lebih stabil dan mendapat pulangan yang lebih banyak dalam jangka masa panjang.[2]

      Sayangnya, kajian juga mendapati bahawa wanita lebih gemar menyimpan wang mereka dalam akaun simpanan saja. Sekadar menyimpan wang dalam bank bukanlah cara yang baik untuk menambah wang anda, terutamanya apabila kadar faedah agak rendah seperti sekarang.

      Jadi, selepas melangsaikan komitmen perbelanjaan dan membuat simpanan setiap bulan, pertimbangkanlah aktiviti pelaburan supaya wang anda dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ada banyak cara untuk melabur, contohnya seperti di pasaran saham, membeli saham amanah atau melabur dalam simpanan tetap. Kali ini, mari kita lihat pelaburan dalam pasaran saham.

      Kalau anda bercadang untuk melabur dalam saham, anda perlu buka akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), kerana pelabur dalam pasaran saham Malaysia mesti membuka akaun CDS dengan syarikat broker saham. Anggap akaun CDS ini seperti satu akaun bank, tetapi untuk saham anda – setiap kali anda membeli atau menjual saham, semuanya diambil atau dikeluarkan daripada akaun CDS anda. Klik di sini untuk belajar lagi tentang akaun CDS.

      Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober dan sebagai menyokong penyertaan wanita dalam pasaran saham, Bursa Malaysia akan mendermakan RM10 kepada  Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia untuk setiap akaun CDS yang dibuka oleh pelabur wanita dari 19 Oktober sehingga 31 Disember. Matlamat kempen ini ialah untuk mengumpul dana bagi membantu perjuangan pesakit kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia yang kurang berkemampuan daripada kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40).

      Turut serta dalam usaha ini adalah beberapa rakan kongsi broker Bursa Malaysia termasuk Hong Leong Investment Bank, JF APEX, RHB, Malacca Securities, KAF Securities dan AmInvestment Bank. Syarikat-syarikat ini ada membuat pelbagai promosi seperti pemberian diskaun dan mengadakan webinar pendidikan percuma untuk menggalakkan lebih ramai wanita memulakan langkah dalam bidang pelaburan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan insentif yang ditawarkan untuk pelabur wanita

      Kalau anda dah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam dunia pelaburan, baca panduan membantu anda bermula dan pelajari tentang bagaimana nak beli dan jual saham.

       

      [1] Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Tinjauan Gaji & Upah 2019

      [2] https://www.sc.com/my/stories/sorry-guys-but-women-make-better-investors/, https://www.bursamalaysia.com/about_bursa/media_centre/articles/investment-a-womans-secret-weapon

      Tag:Simpanan & Pelaburan

      Kongsikan:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      5 Tips Jaga Duit dalam ‘Lockdown’
      Oktober 28, 2020

      Seterusnya

      6 Tip Berpindah Ke Kediaman Sendiri
      November 4, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      Scam-alert-scaled-e1612508018378-2048×1024
      Hati-Hati Dengan Penipuan Pelaburan!
      5 Februari, 2021
      KWSP
      Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang Caruman KWSP
      3 Februari, 2021
      EPF-savings-2048×1365
      Patut ke Anda Mencarum Lebih Wang ke dalam KWSP?
      13 Januari, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      What Government Insurance Schemes Can You Get? 3 - Multiply - Insurance, Blog
      Apa Skim Insurans Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat?
      14Apr2021
      Here’s How You Can Get Cash from the Government If You’ve Been Declared Bankrupt 5 - Multiply - Tackling Debt, Blog
      Ini Cara Mendapatkan Bantuan Tunai Daripada Kerajaan Jika Anda Seorang Muflis
      07Apr2021
      What Government Aid Can You Get If You’ve Been Declared Bankrupt? 7 - Multiply - Tackling Debt, Blog
      Apa Bantuan Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat Kalau Anda Diisytiharkan Muflis?
      07Apr2021

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free
      Kewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri

      Kewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri

      Free
      Pengenalan Kepada REITS (Bahagian 2)

      Pengenalan Kepada REITS (Bahagian 2)

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      If you're filing your taxes manually, the deadline If you're filing your taxes manually, the deadline is coming up on 30 April 2021! Visit https://multiply.org.my/guides/tax-filing-101/ if you need help figuring out how to file your taxes!
      Have you subscribed to our YouTube channel yet? We Have you subscribed to our YouTube channel yet? We're at https://youtube.com/c/MultiplyMY, so be sure to subscribe to stay updated on our latest videos!
      Baca lebih lanjut di https://multiply.org.my/my/bl Baca lebih lanjut di https://multiply.org.my/my/blog/what-government-aid-can-you-get-if-youve-been-declared-bankrupt/, atau klik link di bio!
      Dalam sekelip mata, kita dah masuk suku kedua tahu Dalam sekelip mata, kita dah masuk suku kedua tahun 2021. Kalau anda telah menetap azam kewangan anda pada awal tahun ini, sekarang mungkin waktu yang baik untuk lihat semula kedudukan kewangan anda. Cuba gunakan kalkulator belanjawan kami di https://multiply.org.my/my/calculators-all/ untuk lihat jika ada apa-apa yang anda perlu perbaiki dalam kewangan anda.Isikan saja pendapatan dan perbelanjaan anda (anda boleh pilih untuk isikan pendapatan dan perbelanjaan harian atau bulanan), dan pilih untuk mengira belanjawan ringkas ataupun belanjawan terperinci. Lepas tu,  buat pengiraan untuk dapatkan analisis belanjawan anda! Senang je, kan? 😎😎

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      fourteen − seven =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      14 − three =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!