• Laman Utama
  • Tentang Kami
  • Panduan kami

    Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

    Merancang Belanjawan

    Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

    Simpanan & Pelaburan

    Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

    Menguruskan Hutang

    Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

    Membeli Kenderaan

    Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

    Membeli Rumah

    Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

    Insurans

    Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

    Persaraan

    All Guides Icon

    Semua Panduan

  • Panduan kami
    • Merancang Belanjawan
    • Simpanan & Pelaburan
    • Membeli Rumah
    • Membeli Kenderaan
    • Menguruskan Hutang
    • Insurans
    • Persaraan
  • Kalkulator
  • Blog
  • Ambil Kuiz
    • English
    • Bahasa Malaysia
    Ada pertanyaan?
    hello@multiply.org.my
    DaftarLog masuk
    MultiplyMultiply
    • Laman Utama
    • Tentang Kami
    • Panduan kami

      Savings Calculator to calculate savings goals and basic savings projections

      Merancang Belanjawan

      Investment Returns Calculator to calculate investment returns, investment comparisons and investment portfolio simulator

      Simpanan & Pelaburan

      Guides to tackle financial debts in Malaysia for Free

      Menguruskan Hutang

      Free Guides on Choosing and purchasing a vehicle in Malaysia

      Membeli Kenderaan

      Free Guides on Purchasing a Home in Malaysia and avoiding crippling debt

      Membeli Rumah

      Free Guides On purchasing insurance in Malaysia safely

      Insurans

      Free guides to ensure a comfortable Retirement by planning your retirement

      Persaraan

      All Guides Icon

      Semua Panduan

    • Panduan kami
      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Membeli Rumah
      • Membeli Kenderaan
      • Menguruskan Hutang
      • Insurans
      • Persaraan
    • Kalkulator
    • Blog
    • Ambil Kuiz

      Merancang Belanjawan

      5 Langkah Menuju Kesihatan Kewangan

      • Dihasil oleh Multiply
      • Kategori Merancang Belanjawan
      • Tarikh Mac 13, 2020
      health and wealth dice

      Wabak coronavirus yang sedang menular sekarang ni menyebabkan semua orang lebih peka tentang penjagaan kesihatan. Kalau ada simptom seperti demam, sakit tekak dan batuk, kita mungkin terus berlari nak jumpa doktor, tapi pernah tak anda terfikir macam mana pula kesihatan anda dari segi kewangan?

      Bila kita ada kesihatan kewangan yang baik, maksudnya kita ada cukup duit untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar balik pinjaman. Simpanan pun kena ada juga untuk tujuan kecemasan dan keperluan jangka panjang, contohnya untuk bersara dan membeli rumah.

      Tapi berapa banyak wang yang anda patut simpan, dan apa lagi yang boleh anda buat dengan wang anda selain daripada membeli tudung terbaru atau pergi makan dengan kawan-kawan?

      Berikut lima langkah yang anda boleh ambil untuk uruskan kewangan anda:

      1. Tetapkan matlamat kewangan dan buat belanjawan

      Belanjawan ialah satu pelan perbelanjaan. Dengan mematuhi belanjawan, anda boleh capai matlamat kewangan dan mengekalkan kesihatan kewangan anda. Mulakan dengan mengenalpasti apa matlamat kewangan anda – Anda nak bersara bila umur anda mencecah 50 tahun, nak beli rumah selewat-lewatnya pada umur 30 atau mungkin nak bebas hutang bila mencapai umur 40 tahun?

      Sekarang tiba masa anda buat belanjawan. Tanya diri anda: Apa perbelanjaan saya dan apa hutang yang saya ada? Berapa banyak wang boleh saya simpan? Ada tak apa-apa perbelanjaan yang saya boleh potong? Sentiasa ingat matlamat kewangan anda bila buat belanjawan.

      1. Uruskan hutang anda dulu

      Senaraikan semua hutang yang anda ada. Bila anda tahu berapa banyak hutang anda yang ada, senang sikit nak rancang bagaimana nak menguruskannya.

      Lepas tu, buat keputusan tentang hutang mana yang anda boleh selesaikan dulu.

      Ada dua cara untuk melakukannya:

      • Settlekan hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi.
      • Settlekan dulu hutang yang paling sedikit.

      Ini namanya kaedah “Debt Snowball” - anda bayar hutang yang paling sedikit dulu, walau apa pun kadar faedahnya. Lepas hutang tersebut dah habis dibayar, anda usahakan pula membayar hutang yang kedua paling kecil. Duit yang anda selalu gunakan untuk bayar hutang yang pertama tadi boleh dijadikan pembayaran tambahan untuk hutang yang kedua. Maksudnya, kalau bayaran balik minimumnya ialah RM100, bayarlah RM200.

      Bila hutang anda dah berkurangan, anda taklah terlalu stress sangat. Anda akan ada lebih pilihan bagaimana nak belanjakan wang anda. Akhirnya, anda akan bebas membuat pilihan tanpa terikat dengan bebanan hutang.

      1. Kumpul simpanan untuk keperluan kewangan yang berbeza-beza

      Dalam senario yang paling ideal, anda patut simpan 20% daripada pendapatan anda ataupun lebih. Tapi kalau anda tak mampu nak simpan sebanyak tu pun takpe. Yang penting, anda dah mula ada tabiat menyimpan, tak kisahlah sekecil mana jumlah simpanan anda pada mulanya.

      Sekurang-kurangnya, anda patut sediakan satu dana kecemasan. Inilah wang yang akan menyelamatkan kita kalau berlaku kecemasan — contohnya seperti hilang pekerjaan. Target yang baik ialah simpanan yang cukup untuk anda survive selama tiga bulan. Tanpa dana kecemasan, anda mungkin boleh terjerat masuk ke dalam kancah hutang demi untuk meneruskan kehidupan.

      Tapi jangan berhenti simpan wang walaupun anda dah sediakan dana kecemasan. Teruskan simpan wang secara konsisten. Simpanan ini boleh anda gunakan untuk tujuan besar seperti membeli rumah atau pergi bercuti. Gunakan simpanan anda sebagai batu loncatan untuk membina kekayaan.

      1. Mulakan Pelaburan

      Melabur dapat membantu anda membina kekayaan anda

      Untuk sesiapa yang baru nak berjinak dalam bidang pelaburan, aktiviti ini mungkin agak menakutkan sebab kita ambil risiko mungkin akan hilang wang yang dilaburkan. Lagipun melabur ni macam susah je! Tapi sebenarnya ia cara yang bagus untuk membina kekayaan sebab ia memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding menyimpan wang dalam sebuah akaun simpanan.

      Sebagai permulaan, anda patut tengok apa jenis produk pelaburan yang ada. Contohnya, anda boleh melabur dalam simpanan tetap, unit amanah atau dana dagangan bursa. Baca panduan yang kami sediakan tentang pelaburan supaya anda akan jadi mahir tentang selok-belok bidang ini.

      1. Pastikan aset anda dilindungi

      Dalam membina kekayaan dengan bekerja keras, jangan lupa lindungi aset anda. Benda yang tak diingini macam penyakit atau kemalangan boleh mengorbankan aset anda kalau anda tak ambil langkah sewajarnya untuk melindungi aset anda.

      Mengambil polisi insurans nyawa, insurans perubatan atau insurans kemalangan peribadi boleh memberi perlindungan kepada aset anda. Anda juga patut sediakan wasiat. Wasiat bukan saja untuk warga emas – sesiapa yang memiliki aset patut ada wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa membuat wasiat, ahli keluarganya terpaksa melalui proses yang sangat rumit untuk mendapat akses kepada aset si mati. Membuat wasiat boleh melindungi ahli keluarga daripada terpaksa menghadapi kesusahan ini.

      Satu pesanan terakhir: Jangan rasa macam anda perlu ambil semua langkah ini pada masa yang sama. Jangan risau. Buatlah langkah demi langkah. Yang penting anda dah berada di landasan yang betul untuk memelihara kesihatan kewangan anda. Mulakan langkah, tanpa lengah!

      Tag:Merancang Belanjawan

      Kongsikan:


      Admin bar avatar
      Multiply
      The Multiply Admin

      Sebelumnya

      Perlukah saya buat pinjaman peribadi?
      Mac 13, 2020

      Seterusnya

      Lipat gandakan simpanan anda!
      April 10, 2020

      Anda Mungkin Berminat

      josh-appel-NeTPASr-bmQ-unsplash-1536×1153
      Apa Bantuan Kerajaan Yang Boleh Anda Terima Di Bawah Pakej Pemerkasa?
      22 Mac, 2021
      account-1280502_1920
      Patut Ke Anda Membuat Pengeluaran KWSP Di Bawah Skim i-Sinar?
      10 Mac, 2021
      markus-winkler-Ber3q-zEhd4
      Lima langkah untuk memfailkan cukai anda
      3 Mac, 2021

      Cari

      Artikel Terkini

      What Government Insurance Schemes Can You Get? 2 - Multiply - Insurance, Blog
      Apa Skim Insurans Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat?
      14Apr2021
      Here’s How You Can Get Cash from the Government If You’ve Been Declared Bankrupt 4 - Multiply - Tackling Debt, Blog
      Ini Cara Mendapatkan Bantuan Tunai Daripada Kerajaan Jika Anda Seorang Muflis
      07Apr2021
      What Government Aid Can You Get If You’ve Been Declared Bankrupt? 6 - Multiply - Tackling Debt, Blog
      Apa Bantuan Kerajaan Yang Boleh Anda Dapat Kalau Anda Diisytiharkan Muflis?
      07Apr2021

      KATEGORI PANDUAN

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
        • ETF
        • Unit Amanah
        • Saham
        • Asas Pelaburan
        • Deposit Tetap
        • Simpanan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan
      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan

      Peringkat hidup

      • Pelajar
      • Keluarga
      • Pekerja Dewasa
      • Pesara

      Panduan terkini

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Wallet?

      Free
      Kewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri

      Kewangan Peribadi 101 untuk Golongan yang Bekerja Sendiri

      Free
      Pengenalan Kepada REITS (Bahagian 2)

      Pengenalan Kepada REITS (Bahagian 2)

      Free

      Jangan ketinggalan, sertai senarai mel kami!

      newsletter-subscribe-multiply

      logo-multiply-learn-investing-for-free

      hello@multiply.org.my

      Maklumat

      • Laman Utama
      • Blog
      • Tentang Kami
      • Hubungi

      Kategori

      • Merancang Belanjawan
      • Simpanan & Pelaburan
      • Menguruskan Hutang
      • Membeli Kenderaan

      Kategori

      • Membeli Rumah
      • Insurans
      • Persaraan
      • Semua Panduan

      Instagram Feed

      If you're filing your taxes manually, the deadline If you're filing your taxes manually, the deadline is coming up on 30 April 2021! Visit https://multiply.org.my/guides/tax-filing-101/ if you need help figuring out how to file your taxes!
      Have you subscribed to our YouTube channel yet? We Have you subscribed to our YouTube channel yet? We're at https://youtube.com/c/MultiplyMY, so be sure to subscribe to stay updated on our latest videos!
      Baca lebih lanjut di https://multiply.org.my/my/bl Baca lebih lanjut di https://multiply.org.my/my/blog/what-government-aid-can-you-get-if-youve-been-declared-bankrupt/, atau klik link di bio!
      Dalam sekelip mata, kita dah masuk suku kedua tahu Dalam sekelip mata, kita dah masuk suku kedua tahun 2021. Kalau anda telah menetap azam kewangan anda pada awal tahun ini, sekarang mungkin waktu yang baik untuk lihat semula kedudukan kewangan anda. Cuba gunakan kalkulator belanjawan kami di https://multiply.org.my/my/calculators-all/ untuk lihat jika ada apa-apa yang anda perlu perbaiki dalam kewangan anda.Isikan saja pendapatan dan perbelanjaan anda (anda boleh pilih untuk isikan pendapatan dan perbelanjaan harian atau bulanan), dan pilih untuk mengira belanjawan ringkas ataupun belanjawan terperinci. Lepas tu,  buat pengiraan untuk dapatkan analisis belanjawan anda! Senang je, kan? 😎😎

      Multiply by Creador Foundation.

      • Privasi
      • Terma
      • Peta laman

      Facebook Google

      Log masuk dengan akaun laman anda

      two − two =

      Lupa kata laluan anda?

      Belum jadi ahli? Daftar sekarang

      Daftar akaun baru

      5 × two =

      Anda seorang ahli? Log masuk sekarang

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Menguruskan perbelanjaan boleh jadi sesuatu yang rumit. Cuba beritahu kami bagaimana anda membelanjakan wang dan kami boleh bantu anda mencari jalan bagaimana untuk berbelanja dengan lebih baik!

      1. Bagaimana anda memperoleh pendapatan?
      2. Bagaimana pengurusan kewangan anda sebelum COVID-19 melanda?
      3. Bagaimana COVID-19 telah memberi kesan kepada perbelanjaan anda secara keseluruhannya?
      4. Bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP/PKPB) telah memberi kesan kepada penggunaan kad kredit anda?
      5. Jika anda menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bagaimana anda menggunakannya?
      6. Jika anda mengambil wang daripada akaun KWSP anda dalam tempoh PKP/PKPB (di bawah i-Lestari), bagaimana anda menggunakannya?
      7. Moratorium pinjaman berguna untuk saya kerana:
      8. Musim percutian sudah dekat. Apa perancangan anda untuk aktiviti beli-belah hujung tahun?
      9. Anda sudah rancang belanjawan anda untuk tahun 2021?
      10. Bagaimana anda membuat persediaan kewangan untuk tahun 2021?
      11. Bagaimana anda rasa anda akan menguruskan wang anda pada tahun 2021?
      12. Apa yang anda perlukan untuk mempertingkatkan kewangan anda pada tahun 2021?
      13. Untuk tahun 2021, matlamat kewangan utama saya ialah untuk:
      14. Untuk tahun 2021, aspek kewangan yang paling membimbangkan saya ialah:
      15. Untuk tahun 2021, aspek kewangan peribadi yang mana yang anda ingin pelajari dengan lebih lanjut?
      clock.png

      Time is Up!

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Ambil kuiz kami!



      Apakah personaliti kewangan Anda?

      Terbaru


      Apa gaya perbelanjaan anda?

      Bahasa :

      • English
      • Bahasa Malaysia

      Apakah personaliti Kewangan Anda?

      Cuba lihat sama ada anda seorang Boss Duit, Kadet Kewangan atau Budak Baru Belajar dengan mengambil kuiz ini!

      1. Dah nak dekat hujung bulan ni, dalam fikiran anda...
      2. Kalau anda saja-saja nak pergi membeli-belah, adakah anda….
      3. Kereta anda mengalami kemalangan dan anda perlu keluarkan wang sebanyak RM1,000 untuk membaikinya. Anda…
      4. Anda terima penyata kad kredit anda dan anda…
      5. Selepas berbulan-bulan menyimpan (memang betul, sikit -sikit, lama-lama jadi bukit), banyak juga wang yang terkumpul dalam akaun bank anda. Anda kemudiannya
      6. Anda membeli sebuah kereta baru (ya bayangkan saja - Toyota, Proton, atau BMW). Anda mengambil
      7. Anda seorang pelabur. Yang mana anda akan lakukan…
      clock.png

      Time is Up!